Posts

Featured Post

Samperit Resepi Lama

Image
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk...

1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***)
1 1/2 cawan tepung gandum
***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. ***

Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , bila sebati bar…

Singgah di Martapura...

Image
Martapura - Kota Permata , Kota Ulama, Kota Santri
Kota ini terletak lebihkurang 1 jam perjalanan darat dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan

Bangunan
Sepanjang perjalanan dari atas bas, sukar mencari bangunan cantik, baik yang tradisi atau yang moden. Rata-rata saya perhatikan rumah kediaman di sini tidak dibina melebihi gahnya bangunan masjid. Mereka punyai masjid, musolla yang banyak dan hampir dekat jaraknya. Saya mungkin salah pada penglihatan yang terbatas sekitar meninjau dari atas bas dari jalanan, tapi itulah yang saya nampak pada bangunan di tepi tepi jalan. Saya yakin, di ceruk rantau Martapura ada lagi tempat indah dan bangunan cantik. Saya tidak jumpa rumah gadang seperti dalam sinetron.

Saya rasa ingin bertamu kembali ke sini, satu hari nanti. Tak puas.Mahu mengusur aspal kota. Mahu berjalan di tepian Sungai Martapura yang katanya masyhur dengan seni kuliner.

Salah satu Pusat Islam mengambil kubah Mesjid Agung Demak di pinggir jalan menuju kota.



Mesjid Agung al Karomah
Kam…

Ku Syukuri RahmatMu ya Allah

Image
Lama sudah tak updated blog ni.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 berlalu. Banyak harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.Ku syukuri rahmatMU ya Allah. Saya doakan begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia. Setiap detik hanya satu pengharapan semuga dapat membanyakkan amalan dan pahala, mencari bekal akhirat.


2017 Saya menyimpul azam untuk berjaya menjual Badam Coklat Rocher tahun ini. Resepi yang saya pelajari dari Chef Amer sejak tahun 2009. Tag line: Nutty and Chrunchy Doakan saya yang baik-baik ya.















Asyura diPenghujung Muharram

Nekad!
Nak buat asyura Spesifikasi Penuh.
Tak kurang gula, tak kurang santan.


Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli
........mai nak cerita, buat lagu mana......


Kumpulkan bahan dulu.
4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan
kacang hijau,
kacang merah,
kacang kuda
kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus




jagung satu tongkol dihiris ulasnya
Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk
Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami
Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu.




Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu
Gula merah ni lebih terasa aslinya
Gula pasir kasar agak agak
Garam kasar


Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam




Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus
Air , agak agak saja


Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak.




Bahan premium.  Bahan premium ni belajar dari tok; dulu tok pi Mekah belayaq balik dari Jud…

Bubur Asyura Kembali.

Image
10 Muharram kembali lagi. Asyura time again!


Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura. Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.  





Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri
Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan.






Bahan-bahan yang saya guna:


250 g tepung beras
2 sudu tepung jagung ( ini dah agak moden, kakak ipar saya yan…

Pasar Pagi, Samarinda

Image
Pasar Pagi. Samarinda
Kalimatan Selatan.

Macam2 ada di sana. Kami naik kenderaan Angkut warna hijau. Tambang 20 rupiah seorang. Susup sasap kenderaan ini berjalan mencelah macet bandar Samarinda di pinggir Sungai Mahakam itu . Sesampai di sana...... biarlah gambar berbicara













Kerepek belinjau besar, sebesar tapak tangan.. saya selalu jupa yang saiz siling 50 sen saja.

























Wordless Wednesday - Samarinda

Image

Ketupat Pandan

Image
Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni...
Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung.
Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan!
Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging!


Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wangi lembut membelai rasa.


.



Jom kita t…